Oh! Negara

2 Tahun Tak Balik Raya Sebab PKP, Ini Jaminan Yang Diberikan Ismail Sabri

Published on

Sudah 2 tahun kita tidak dapat pulang ke kampung sambut Hari Raya Aidilfitri. Ini semua kita terpaksa hadapi disebabkan penyebaran wabak Covid-19 yang melanda seluruh dunia.

Tapi, adakah kita perlu terima keadaan yang sama untuk tahun ketiga?

Kita sebagai rakyat sudah menjalankan tanggungjawab apabila mengikut segala peraturan yang ditetapkan kerajaan dalam usaha membendung penularan wabak ini. Kita sudah berkurung di rumah, kita sudah patuh SOP, kita juga sudah lengkap dua dos vaksin. Jadi, persoalannya macam mana raya kita tahun ni?

Perdana Menteri beri jaminan kepada seluruh rakyat Malaysia

Segala persoalan dan kerisauan rakyat Malaysia nampaknya mendapat perhatian Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob. ini apabila beliau memberi jaminan tidak akan melakukan PKP untuk pulang beraya tahun ini. Perkara itu dikongsikannya dalam satu video di Twitter.

Tiada PKP untuk pulang beraya pada tahun ini. Saya ulangi jaminan, kerajaan tidak akan menutuk negara kita. – Tulisnya.

Bagaimanapun, pelaksanaan Perintah Kawalan pergerakan Diperketatkan (PKPD) akan diadakan jika ada peningkatan kes di sesuatu lokaliti.

Kredit: Twitter Ismail Sabri

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Exit mobile version