Oh! Lifestyle

#YTJT Selepas Makan Nanas Lidah Terasa Gatal, Apa Sebabnya?

Published on

Pernah tak selepas anda menikmati buah nanas, lidah anda akan terasa gatal atau seperti tercucuk dengan jarum?

Menerusi satu perkongsian di TiKTok, pemuda ini mengambil sedikit buah nanas dan meletakkan ia di bawah mikroskop untuk melihat kandungan yang ada di dalam buah itu yang menyebabkan rasa seperti tercucuk.

Ternyata, selepas penilitian di bawah mikroskop di dalam buah nanas terdapat kandungan kalsium yang menyerupai jarum.

Malah, sewaktu anda makan buah nanas anda akan mula mengalami rasa gatal, iritasi dan pedih pada lidah.

Penyebab utama anda merasa begitu adalah kerana nanas mempunyai enzim bromelain yang sebenarnya dapat melembutkan daging dan memecahkan protein.

Dalam pada itu, selepas makan buah nanas lidah anda akan mengalami ketidakselesaan dan ia hanya terasa sampai di bahagian mulut atau kerongkong.

Jadi, selepas ini anda tidak perlu risau untuk makan buah nanas lagi!

Kredit: TikTok

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

Exit mobile version