Oh! Lifestyle

Ubat Gigi Dapat Cuci Chewing Gum Di Rambut, Ini 4 Tips Kegunaan Ubat Gigi

Published on

Sebenarnya, ramai yang tidak tahu bahawa ubat gigi ada banyak kelebihan selain kegunaan utamanya untuk memberus gigi sahaja.

Dalam pada itu, ubat gigi atau bahan pembersih ini ada banyak kelebihan yang boleh digunakan di dalam kehidupan seharian kita.

1. Gula-Gula Getah Di Rambut

Gula-gula getah yang tersekat di rambut merupakan salah satu masalah biasa bagi para ibu bapa yang mempunyai anak kecil.

Ini kerana kebiasaannya anak-anak kecil ini suka membuang gula-gula getah di merata tempat sehingga ia terlekat pada rambut.

Bagi menyelesaikan masalah ini, anda boleh menggunakan ubat gigi dan berus gigi sahaja. Caranya adalah dengan menggosok berus gigi yang diletakkan dengan ubat gigi pada rambut untuk menanggalkan gula-gula getah dengan mudah.

2. Kilatkan Lampu Kereta

Antara kelebihan ubat gigi juga dapat mengilatkan semula permukaan lampu kereta anda yang telah bertukar warna kelam dan kekuningan.

Cara untuk mengilatkan lampu adalah dengan berus ubat gigi pada lampu dan biarkan buat sementara.

Kemudian,lapkan permukaan lampu kereta anda dengan kain bersih.

3. Bersihkan Barang Kemas

Barangan perhiasan seperti rantai, cincin dan gelang emas sebenarnya boleh dibersihkan dengan menggunakan ubat gigi.

Bagi barangan kemas yang mempunyai kawasan lekuk atau lubang yang sukar dicapai, ia boleh dibersihkan dengan menggunakan berus gigi kerana mempunyai bulu halus.

Seterusnya, bagi permukaan barangan kemas ini pula boleh dibersihkan dengan menggosok menggunakan tuala dan ubat gigi.

4. Kuku Lebih Bersinar

Tambahan, ubat gigi juga dapat mengilatkan kuku anda dan juga dapat berjimat kerana tidak perlu beli pengilat kuku di kedai-kedai kecantikan.

Caranya adalah dengan picit ubat gigi pada tuala, lalu gosokkan ia pada permukaan kuku dalam beberapa minit.

Kredit: mStar

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

Exit mobile version