Oh! Lifestyle

Resipi Sambal Telur Padu Menyengat, Senang Je!

Published on

Siapa je tak suma makan telur kan? Telur ni boleh dikatakan makanan paling senang nak cari dan masakan paling mudah nak buat. Makan telur dengan kicap je pun dah sedap! Tapi takkan la korang nak makan telur kicap hari-hari kan? Haa harini Oh! Media nak kongsikan dengan korang, resipi paling mudah yang korang boleh buat, tapi sedap dia memang menyengat, iaitu sambal telur!

Kalau korang seseorang yang suka makan nasi dengan sambal, ni resipi paling sesuai la yang korang boleh buat. Nak buat masa sahur atau berbuka pun boleh sebab senang sangat!

Bahan-bahan

  • 1 biji bawang merah
  • 6 ulas bawang putih
  • 3 cili merah
  • 3 cili hijau
  • 10 cili padi
  • Kiub ayam
  • Telur

Cara-cara

Bila semua bahan dah ada, korang boleh masukkan semua bahan-bahan, seperti bawang merah, bawang putih, cili merah, cili hijau dan cili padi dalam pengisar kering.

Dah kisar, korang boleh panaskan minyak dalam kuali dan tuangkan bahan-bahan yang dah kisar tu. Boleh masukkan sekali kiub ayam semasa menumis.

Ingat, kalau nak buat sambal, korang kena pastikan sambal korang tu ditumis dengan garing, baru sedap!

Bila sambal tadi dah mendidih, korang bolehlah masukkan gula atau garam ikut citarasa korang.

Selepas itu, bolehlah masukkan telur dalam pan korang tu dan tutupkan pan untuk bagi telur masak.

Bila telur dah cukup masak, korang dah boleh makan sambal telur ni dengan nasi dan ayam! Fuhh, rasa dia memang padu dan menyengat lah!

Bukan je sedap, tapi senang je nak buat kan? Kalau korang sorang je dekat rumah sewa dan tak tahu nak masak apa, boleh je masak ikut resipi ni, mudah dan sedap! Selamat mencuba!

@ashfoodhunter

Menu yang boleh makan setiap hari tanpa jemu 😭👍

♬ DARARI – ︎ ondu

Kredit: TikTok

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Exit mobile version