Oh! Lifestyle

Pasukan Hobin Jang Hobin Kekal Rekod Tanpa Kalah Dalam Liga Perdana

Published on

Nampaknya pasukan Hobin Jang Hobin, Negeri Sembilan terus mengekalkan rekod tanpa kalah mereka selepas menewaskan skuad Projek FAM-MSN 2-0 dalam Liga Perdana.

Perlawanan yang berlangsung di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi malam tadi itu menunjukkan serangan bertalu-talu skuad kendalian K Devan.

Tetapi jaringan pertama hanya dapat direalisasikan pada minit ke-72 hasil sumbangan pemain tengah, R Barathkumar. Gol itu terhasil apabila pemain berkenaan menerima bola dari bahagian tepi dan dia yang tidak di kawal dengan mudah menolak masuk menewaskan penjaga gol pelawat, Mohamad Nabil Asyraf Ramli.

Jaringan kedua pula hadir pada minit ke-85 hasil tendangan Alain Akono ketika situasi kelam kabut dalam petak penalti.

Kredit: Berita Harian

+ Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media.

Comments

Exit mobile version