Cuti musim perayaan hampir dekat, pembaca Oh! Media pula pergi mana nanti? Kalau terasa nak masuk negara Gajah Putih, jom! Hari ini kami akan kongsikan cara-cara masuk ke Thailand sambil membawa kereta.
Langkah mudah masuk Thailand
Terdapat beberapa pintu sempadan yang membenarkan pengunjung melintasi ke negara jiran. Pintu tersebut terletak di :
Wang Kelian dan Padang Besar, Perlis
Bukit Kayu Hitam, Kedah
Bukit Berapit, Perak
Rantau Panjang, Kelantan
Kebanyakan pintu sempadan dibuka setiap hari dari jam 6 pagi hingga 10 malam.
1) Sediakan dokumen
Antara dokumen yang diperlukan:
Pasport
Sijil vaksin
Geran kereta
Insurans kenderaan
White card
Borang maklumat kenderaan (TM2)
Borang maklumat penumpang (TM3)
Lesen memandu.
Insurans kenderaan, white card termasuk borang TM2 dan TM3 boleh didapati di kedai-kedai yang menjual insurans berhampiran sempadan Thailand-Malaysia.
2) Pemeriksaan kastam
Sewaktu melalui pemeriksaan kastam, pastikan anda bersedia untuk membuka bonet dan menurunkan ke semua tingkap. Jangan bawa benda terlarang pula ya.
3) Pemeriksaan pasport
Pengunjung tidak perlu turun daripada kereta sewaktu pengesahan pasport. Hanya perlu menghulurkan kepada pihak berkuasa dan menurunkan semua tingkap sahaja.
4) Pemeriksaan polis
Pihak polis akan meminta lesen dan geran kereta bagi tujuan pemeriksaan. Jangan lupa berhenti pula yaa.
5) Pemeriksaan kesihatan Thailand
Sewaktu tiba di sempadan Thailand, pengunjung perlu berhenti dan memarkir kereta di tepi bangunan sempadan untuk pemeriksaan kesihatan Thailand. Pastikan anda membawa sijil vaksinasi juga.
6) Cop pasport
Semua penumpang diminta turun sewaktu proses cop pasport untuk masuk ke Thailand. Peringatan bahawa bayaran akan dikenakan pada hari minggu atau cuti umum sebanyak 30 bath dan ditambah 5 bath setiap seorang pengunjung.
7) Pengesahan kereta
Selepas melewati bangunan sempadan Thailand, pengunjung diminta untuk parkir tepi dan mendapat pengesahan declare custom kereta bagi memasuki Thailand.
8) Pengesahan Polis Thailand
Sewaktu keluar melewati bangunan kastam Thailand, pihak polis Thailand akan membuat pengesahan dan setiap penumpang perlu menurunkan semua tingkap.
Haa, senangkan nak bawa kereta masuk Thailand? Jadi, apa lagi, selamat bercuti.