Baru-baru ini Kementerian Kesihatan Malaysia telah mengumumkan Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah bakal bersara tidak lama lagi.
Perkara itu diberitahu oleh Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan, Kementerian Kesihatan Malaysia melalui satu posting di Facebook.
Dr Hisham bersara
Doktor yang banyak membantu ketika wabak Covid-19 itu dikatakan bakal menamatkan perkhidmatannya pada 21 April ini, iaitu hari di mana beliau mencecah 60 tahun (umur persaraan wajib penjawat awam).
Menurut Dr Noor Hisham, beliau tidak sabar untuk meluangkan masa bersama keluarga selepas hari persaraannya nanti.
Persaraan adalah babak kehidupan seterusnya. Ia adalah perjalanan hidup. Saya akan menyeberangi satu jambatan pada satu masa.
Sebelum ini, Dr. Noor Hisham telah dinamakan sebagai doktor terbaik dunia oleh China Global TV Network (CGTN) atas kewibawaannya menangani krisis Covid-19.
Beliau juga dianggap sebagai wira negara kerana sentiasa memberi maklumat terkini berasaskan fakta dan statistik Covid-19 di media sosial.