Sebagai contoh seperti alat kawalan jauh, jam dinding, permainan kereta dan sebagainya yang dilihat hanya bergantung kepada sel kering tersebut.
Namun, setiap bateri mempunyai cas kuasa yang terhad. Oleh itu, kita digalakkan untuk menggantikan dengan yang baharu setiap kali ia sudah kehabisan kuasa.
Bezakan antara bateri kosong dan baru
Terdapat juga satu masalah yang timbul dari kalangan pengguna apabila mengalami kekeliruan dalam membezakan bateri yang masih mempunyai kuasa.
Hal itu disebabkan oleh sikap sesetengah masyarakat yang gemar mencampurkan bateri baru dengan lama sehingga memaksa mereka menguji satu per satu.
Namun, perkara itu dilihat mampu diselesaikan apabila terdapat seorang individu yang telah menunjukkan cara membezakan antara bateri kosong dan bateri yang baharu.
Individu tersebut bernama @jason_jezi telah berkongsikan sebuah video di aplikasi Tiktok bagaimana membezakan ia hanya menggunakan tangan.
Menerusi video tersebut, lelaki itu telah menguji dengan menjatuhkan kedua bateri di atas meja bagi mengenalpasti perbezaan diantara bateri tersebut.
Menurutnya, bateri yang masih kekal setelah dijatuhkan merupakan bateri yang masih baru manakala jika ia terjatuh, maka ia sudah kosong.
Netizen beri pelbagai reaksi
Meninjau pada ruangan komen, rata-rata netizen turut mengucapkan terima kasih kepada individu tersebut selain turut memuji trick yang ditunjukkan.
Selain daripada bateri, video lain yang dimuat naik individu tersebut turut menunjukkan pelbagai trick bagi menyelesaikan pelbagai masalah harian.
Setakat ini, video yang dimuat naik itu telah mencapai lebih daripada 200,000 tontonan serta 14,000 tanda suka.