Namun begitu, baru-baru ini, seorang wanita yang baru berkahwin telah terima satu panggilan daripada perkhidmatan kesihatan mengenai status kehamilannya.
Pengantin perlu hamil dalam tempoh setahun
Di China, satu catatan telah dimuat naik oleh seorang pengguna media sosial Weibo menceritakan bahawa rakan sekerjanya itu telah ditelefon oleh perkhidmatan kesihatan wanita kerajaan bandar Nanjing.
Wanita itu dimaklumkan bahawa kerajaan mahu pengantin baharu perlu hamil dalam tempoh setahun dan mereka akan membuat panggilan kepadanya setiap tiga bulan.
Hal ini berlaku kerana Presiden China, Xi Jinping telah mengisytiharkan bahawa China akan mewujudkan dasar untuk meningkatkan kadar kelahiran dan menambah baik strategi pembangunan penduduk negara itu.