Oh! Islam

Tersebar Dokumen Senarai Nama Ustaz Dilarang Berceramah Di Selangor?

Published on

Hari ini kita digemparkan dengan pendedahan dokumen yang menyenaraikan beberapa nama penceramah popular yang dilarang untuk menyampaikan kuliah agama di Selangor. Ini apabila tauliah mengajar mereka telah ditarik oleh Majlis Agama Islam Selangor (MAIS).

Perkara ini dilaporkan oleh Malaysiakini yang memaklumkan nama seperti bekas calon PAS, Ahmad Dusuki Abd Rani, penceramah Nazmi Abdul Karim dan Syamsul Debat.

Senarai nama ini dilaporkan dapat dari dokumen bertarikh 17 Mac 2022 yang menyenaraikan beberapa nama penceramah dan telah dikeluarkan MAIS.

Malaysiakini turut berjaya menghubungi Ahli Dewan Undangan Negeri Meru, Mohd Fakhrulrazi Mohd Mokhtar dan telah mengesahkan senarai penarikan tauliah terbabit.

Fakhrulrazi memaklumkan dia sendiri mengetahui perkara itu sebaik sahaja dimaklumkan sendiri oleh exco agama Islam Selangor di dalam Whatsapp. Pihak Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) turut tidak menafikan penyebaran dokumen ini.

Kredit: Malaysiakini

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Exit mobile version