Baru-baru ini tular di media sosial foto memaparkan landskap beberapa kawasan tanah tinggi di Arab Saudi menjadi hijau.
Memetik laporan Harian Metro, hal itu berlaku disebabkan hujan lebat yang mengakibatkan banjir kilat di negara berkenaan bulan lalu.
Tanah Arab menghijau
Pengguna media sosial yang terpegun dengan keindahan pemandangan hijau itu bertanyakan Ustaz Adnin di TikTok adakah peristiwa tersebut menandakan kiamat semakin hampir?
Dalam penjelasan tersebut, Ustaz Adnin berkongsi satu hadith “Tiada berlakunya kiamat sehingga harta melimpah-ruah, sehingga seseorang keluar dengan membawa zakat hartanya namun tidak menjumpai orang yang layak menerimanya. Tidak berlakunya kiamat sehingga Tanah Arab kembali hijau dipenuhi sungai” – (Hadis Riwayat Muslim, no. 157)
Menurut ustaz lagi, hadith berikut adalah sahih tetapi kita tak boleh tafsir hadith sesuka hati dan meramal dengan cara yang salah sehingga menakut-nakutkan orang lain.
Beliau menjelaskan secara terperinci apa maksud hadith yang sebenarnya supaya orang ramai tak tersalah tafsir.
Mengenai Tanah Arab yang menghijau pula, ustaz berkata ianya harus bersifat kekal bukanlah sementara. Sebelum ini pernah juga terjadi perkara yang sama pada tahun 2018 dan 2020.
Di akhir video, beliau memberi peringatan supaya berhati-hati dalam memberi peringatan tentang kiamat.