Kali ini, Oh! Media akan kongsikan 5 tips mudah untuk para muslimin di luar sana untuk menjalankan ibadah ini tanpa rasa lapar dan dahaga. Jom, kita check!
5 tips ketika puasa
1. Elak makanan pedas
Makanan berempah atau terlalu pedas boleh menyebabkan rangsangan pengeluaran asid gastrik. Oleh itu, makanan yang pedas tidak sesuai untuk dimakan ketika sahur. Nanti kang, ada pula yang sakit perut di siang hari.
2. Banyakkan pengambilan buah-buahan
Kita selalu dinasihatkan untuk mengambil 8 gelas air masak setiap hari. Tetapi, sekiranya berasa sukar, pengambilan buah-buahan dan sayur-sayuran juga dapat menggantikannya. Pengambilan buah-buahan ini mempunyai vitamin dan industrinya yang tersendiri untuk memberi tenaga kepada kita sepanjang bulan puasa.
3. Kuantiti nasi yang berpada
Pengambilan nasi ketika bersahur perlu berpada-pada agar senang dihadam. Sebab itulah corak pemakanan yang berbeza perlu dipraktikkan ketika berpuasa. Baru boleh tahan lapar dan dahaga sampai 12 jam.
4. Kurangkan pengambilan garam
Elakkan pengambilan garam yang terlalu banyak ketika bersahur. Hal ini kerana garam akan membuatkan tubuh berasa cepat kering dan dahaga. Tubuh kita memerlukan kuantiti air yang lebih banyak untuk membasmi rasa masin itu. Ha, jangan ambil makanan masin ketika sahur tau.
5. Ambilan kurma ketika berbuka dan sahur
Tahukah korang bahawa buah kurma kaya dengan serat dan nutrisi yang tinggi? Hal ini kerana buah yang dikeringkan tersebut mempunyai kandungan kalori lebih tinggi berbanding kebanyakan buah-buahan segar yang lain. Ha, jangan lupa makan banyak buah kurma ye selepas ini.
Semoga info kali ini bermanfaat buat semua. Selamat berpuasa!