Terkini, pihak Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) tampil menjelaskan pihaknya tidak pernah mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi mengenai individu terbabit setakat ini.
Pengesahan itu dikeluarkan JAKIM di Facebook badan berkenaan selepas mendapat banyak persoalan dari pengguna.
Setakat ini Jakim tidak pernah membuat apa-apa kenyataan rasmi berhubung latar belakang individu berkenaan.
Namun, Jakim menasihatkan orang ramai untuk mengambil langkah berhati-hati dengan dakwaan yang tidak jelas mengenai latar belakang individu tersebut.
Apapun, sama-sama kita nantikan kenyataan rasmi dari pihak JAKIM sendiri nanti.