Tular baru-baru ini beberapa rakaman tangki gergasi di jalan raya Melaka. Kelihatannya ramai yang teruja dan tertanya-tanya kegunaan kenderaan besar itu. Yelah, satu ruang jalan raya tu saja tangki tu dah conquer! Fuh.
Menerusi perkongsian pengguna laman sosial Tiktok, iykafarhana, dia turut berkongsi video menunjukkan tangki besar tersebut yang bergerak agak perlahan sehingga menyebabkan kesesakan lalu lintas.
Besau bagak! orang Melaka dah boleh jangka, dia kalau keluar, jalan raya dia punya
Rata-rata netizen mengatakan bahawa itulah kali pertama mereka melihat tangki sebesar itu. Sampai ada yang takut sebab terlalu besar macam gergasi! Tak kurang juga yang mempersoalkan macam mana tangki ini boleh bergerak. haha macam-macam.
Berdasarkan respon pemilik iykafarhana, tangki tersebut rupanya adalah pressure vessel atau pengandung tekanan yang direka untuk menyimpan gas atau cecair pada tekanan yang berbeza daripada tekanan sekitar.
Ini lah rupa Giant Vessel kegunaan industri minyak dan gas. Besar betul kan, respect lah kepada siapa yang kendalikan kenderaan berat ni.