Proton yang merupakan salah satu pengeluar kereta di Malaysia akan melancarkan model Saga (2022) edisi dipertingkatkan pada Khamis ini. Wah! Ramai yang tak sabar ke tu?
Majlis pelancaran itu akan berlangsung pada jam 9.45 pagi nanti dan perkara ini dikongsikan Facebook Proton Cars dalam satu posting.
Dalam posting berkenaan juga terdapat gambar yang menunjukkan rekaan rim aloi bersaiz 15 inchi yang digunakan pada Saga (2022) itu nanti. Bukan tu jer, mereka juga ada kongsikan rupa depan kereta berkenaan dalam posting yang berlainan.
Model ini akan didatangkan dengan 4 varian iaitu 1.3L Standard (Manual), 1.3L Standard (Automatik), 1.3L Premium (Automatik) dan 1.3L Premium S (Automatik).
Kalau nak tahu apa lagi yang menarik dibawakan pada Saga (2022) ini, sama-samalah kita saksikan pelancarannya nanti di Facebook Proton Cars pada 12 Mei ini ya.