Oh! Gear

PERODUA Tawar Pakej Servis Rahmah Aidilfitri Buat Pemilik Axia Dan Bezza

Published on

Terbaru, syarikat PERODUA telah memperkenalkan pakej servis khas buat semua pemilik Axia dan Bezza sempena sambutan Aidilfitri akan datang.

BACA: #ItuAtauIni Beza Luaran Perodua Axia X (2023) Dengan Axia GXtra (2019), Mana Lagi Cun?

Pakej itu ditawarkan bagi membantu mengurangkan impak kenaikan harga barang dan mempromosikan perkhidmatan penyelenggaraan kenderaan syarikat itu dalam pada masa yang sama.

Buat pemilik Axia dan Bezza

Menurut laporan Berita Harian, pihak PERODUA memaklumkan pakej ini berada di bawah program Payung Rahmah bagi meringankan beban kos hidup yang ditanggung oleh rakyat.

Pakej servis khas ini, yang dikenali sebagai Perodua Auto Rahmah 2023, terdiri daripada diskaun 30 peratus untuk jumlah keseluruhan dalam satu invois bagi alat ganti dan kos buruh.

Buat pemilik model Axia dan Bezza yang mahu mendapatkan pakej ini, korang boleh membuat janji temu di pusat servis PERODUA yang berhampiran. Sukacita diingatkan bahawa tawaran ini akan berlangsung mulai 12 April sehingga 13 Mei sahaja.

Kredit: Berita Harian

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Exit mobile version