Oh! Gear

Perodua Ativa Akan Dilancarkan Secara Digital Malam Ini

Published on

Sepertimana yang kita semua tahu, Perodua baru jer memperkenalkan model kenderaan utiliti sukan (SUV) terbaru mereka yang dibina berasaskan model Daihatsu Rocky iaitu Perodua D55L. Model ini juga merupakan keluaran paling tercanggih dari Perodua setakat ini gais.

Korang dah sedia dengan pelancaran Perodua D55L atau namanya yang belum diumumkan secara rasmi iaitu ‘Ativa’ pada pukul 8 malam hari ini? Pasti ramai yang tak sabar, tambah lagi bagi mereka yang dahpun membuat tempahan Perodua D55L ni kan? 

Jangan risau, korang boleh chill jer dekat rumah sambil tonton pelancaran Perodua Ativa secara langsung di laman web rasmi Perodua ataupun di Facebook Perodua malam ni gais. 

Agak-agak betul ke nama dia Ativa? Betul ke harganya dalam lingkungan RM62,500 hingga RM73,400 ye? Semuanya akan terjawab malam ni gais, stay tuned!

Kredit: Perodua

+ Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media.

Comments

Exit mobile version