Proton yang merupakan salah satu pengeluar kereta di Malaysia telahpun melancarkan model Saga (2022) edisi dipertingkatkan sebentar tadi. Mesti ramai nak tahu apa yang menarik pasal model ni kan?
Model ini akan didatangkan dengan 4 varian iaitu 1.3L Standard (Manual), 1.3L Standard (Automatik), 1.3L Premium (Automatik) dan 1.3L Premium S (Automatik).
Terdapat lima pilihan warna yang korang boleh dapatkan iaitu Ruby Red (merah), Rosewood Maroon, Jet Grey (kelabu), Armour Silver (perak) dan Snow White (putih).
Untuk enjin, Proton Saga terbaru ini dikuasakan dengan enjin aspirasi natural (NA) 4-silinder 1.3L VVT DOHC yang mampu menghasilkan 93.7hp dan tork sehingga 120Nm.
Untuk transmisi automatik, ia didatangkan dengan 4-kelajuan manakala manual pula hadir dengan 5-kelajuan.