Semalam, Kenderaan Darat Tanpa Pemandu (UGV) yang diberi nama ‘Kawbra’ telah ditayangkan kepada umum di Pameran Perkhidmatan Pertahanan Asia dan Pameran Keselamatan Asia 2022.
Menurut laporan Pandu Laju, Kawbra merupakan kenderaan darat tanpa pemandu pertama buatan Malaysia dan merupakan kali pertama diperlihatkan.
Kenderaan ini direka Institut Penyelidikan Sains dan Teknologi Pertahanan (Stride) dan syarikat Dream Age bertujuan untuk masuk ke kawasan yang berisiko dengan menggunakan alat kawalan jauh. Nampak tegap betul kan?
Kalau korang perasan, reka bentuk dia seakan ular tedung kan? Sifatnya juga dikatakan seperti haiwan berkenaan kerana mampu bergerak dengan senyap yang hanya menggunakan bateri elektrik.
Terdapat 4 kamera dan 3 sensor terbina untuk mengesan objek yang menghalang laluan serta mod ‘follow me’. Ketahanan bateri Kawbra dikatakan sejauh 40km serta menampung sehingga 200kg beban untuk sekali pengecasan. Apa pandangan korang?