Nak balik kampung untuk sambutan Hari Raya tahun ini tapi risau jalan sesak? Syarikat PLUS Malaysia Berhad telah mengeluarkan senarai waktu-waktu jalan yang boleh dielak oleh pengguna lebuh raya.
Menurut PLUS, dijangkakan sebanyak 2 juta kenderaan sehari akan mengguna lebuhraya PLUS dan LPT2, ia meningkat sebanyak 20% berbanding hari-hari biasa.
Berikut adalah waktu-waktu puncak yang dijangka akan sesak pada:
Pengguna lebuh raya dinasihatkan merancang perjalanan mereka sebelum bergerak bagi mengelakkan kesesakan yang dijangka akan berlaku pada tarikh-tarikh di atas.
Juga, PLUS akan menghentikan semua kerja-kerja naik taraf dan penyelenggaraan di lebuh raya bermula 19 April sehingga 1 Mei.
Untuk mendapatkan maklumat trafik terkini berkenaan musim perayaan, pengguna lebuh raya boleh ke beberapa medium komunikasi dengan mengikuti Twitter @PLUStrafik atau twitter @LPT2trafik, Aplikasi PLUS, Chatbot PUTRI, stesen-stesen radio dan papan tanda elektronik (VMS).
Kredit: amanz
+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.