Oh! Artis

Zynakal Kemalangan Jalan Raya Ketika Konvoi Motosikal Kuasa Tinggi

Published on

Penyanyi, Zynakal mengalami kemalangan ketika menyertai aktiviti konvoi motosikal bersama kawan-kawannya semalam. Allahu..

Menurut laporan Harian Metro, kejadian tersebut berlaku di satu selekoh di kawasan Janda Baik, Pahang ketika menunggang motosikal berkuasa tinggi.

Saya menyertai konvoi bermotosikal semalam dengan rakan-rakan. Perjalanan bermula dengan lancar dan kami singgah ke satu kedai kopi.

Dalam perjalanan pulang, ketika melalui satu selekoh, Zyn terjatuh. Tapi, tak ada kemalangan dengan mana-mana pihak atau kenderaan lain. Jatuh sendirian.

Kecederaan pun tak teruk. Hanya ada luka-luka di kaki dan tangan.

Mujurlah tidak berapa teruk dan membabitkan pengguna jalan raya lain. Apapun, kita semua dinasihatkan untuk berhati-hati di jalan raya ya.

Kredit: Harian Metro

+ Baca repson pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Exit mobile version