Pelakon, Wawa Zainal menerima kritikan daripada netizen kerana membenarkan anak perempuannya menari menggunakan lagu Bloody Mary nyanyian Lady Gaga. Eh, betul ke ni?
BACA: Wawa Zainal Nafi Diri Berubah, Suami Pula Nyatakan Isteri Tak Perasan Nampak Telinga Ketika Menari
Tidak mendiamkan diri, Wawa memuat naik satu posting di media sosial menyelar seorang individu yang mempersoalkan tanggungjawabnya sebagai seorang ibu.
Netizen ‘nerakakan’ orang
Menurut posting tersebut, Wawa agak terkejut dengan sikap segelintir netizen yang menjatuhkan hukum sesuka hati ke atas kekhilafan orang lain.
Pulak dah. Yelah, kau seorang saja ahli syurga. Takut la netizen sekarang. Siap tentukan syurga dan neraka.
Sebelum ini, Wawa telah memuat naik video anak perempuannya menari mengikut trend Drama Wednesday di samping mempromosikan jenama solekan Wawa Cosmetics.
Namun, pemilihan lagu yang seakan memuja agama lain itu menyebabkan Wawa dikritik oleh segelintir netizen.
Kredit: Instagram
+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media