Keputusan ini bagaimanapun ditangguhkan kepada 15 Disember depan disebabkan pihak pendakwaan memerukan lebih masa bagi meneliti representasi yang difailkan pihaknya sebanyak 47 muka surat.
Saya optimis sebab representasi saya agak panjang dengan 47 muka surat, di situ terdapat rekod kesihatan dan segala keperluan berhubung rawatan saya.
Mungkin pihak pendakwaan memerlukan lebih masa bagi meneliti dokumen berkenaan tetapi saya optimis dengan kebijaksanaan dan belas ehsan pihak pendakwaan terhadap kes ini.
Perkara ini dikatakan sendiri Yasin kepada pihak mStar ketika di mahkamah di mana Hakim Jamaludin Mat memutuskan untuk penangguhan itu selepas Timbalan Pendakwa Raya, Mohd Asnawi Abu Hanipah memberitahu mahkamah pihaknya masih mempertimbangkan representasi yang dikemukakan pihak pembelaan tertuduh.