Komposer dan juga penyanyi, Hafiz Hamidun tampil memberi nasihat kepada orang ramai agar berpakaian bersesuaian ketika pergi mendapatkan suntikan vaksin.
BACA: Tular ‘Hantu Cina’ Cucuk Vaksin, Alasan Lelaki Ini Buat Netizen Kagum
Memetik laporan Harian Metro , penyanyi ini berkata, orang ramai tidak perlu untuk memakai pakaian yang pelik dan menjadikannya sebagai satu gimik.
Foto: Instagram Hafiz Hamidun
Pakailah elok-elok untuk ambil vaksin. Vaksin saja pun. Tak perlu gimik sampai kena pakai baju kelawar isteri, jadi hantu apa semua.
Saya tak tahu adakah ia strategi pemasaran atau apa. Awal-awal macam terhibur, lama-lama jadi ngeri pulak.
Terdahulu, tular di media sosial apabila beberapa individu tampil dengan gaya yang pelbagai ketika mendapatkan vaksin di Pusat Pemberian Vaksin (PPV).
Antara yang pernah menjadi perhatian ramai adalah watak seram Valak dalam filem The Conjuring yang mengenakan costum ‘sebijik’ seperti filem tersebut.
Selain itu, karakter seorang suami yang memakai baju kelawar isteri dengan lilitan tuala di kepala turut membuatkan orang ramai terhibur.
Terbaru, viral pula hantu cina melompat-lompat mendapatkan suntikan di PPV di Dewan Serbaguna di Jalan Genuang.
Kredit: Harian Metro | Twitter @anthraxxx781
+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.