Dalam video tersebut, kedengaran muzik yang sangat kuat dengan pancaran lampu berwarna biru. Setakat ini, video yang dimuat naik pengguna TikTok dikenali sebagai Misha_S.Abdullah telah mendapat lebih 150,000 tontonan.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen tidak terkejut melihat video tersebut. Menurut netizen, Tiz Zaqyah memang begitu. Betul ke?
Namun, rakan kepada Tiz yang memuat naik video itu tampil mempertahankan Tiz Zaqyah. Katanya, orang yang masuk kelab tak semestinya tak baik. Lagipun Tiz tahu jaga diri dan tak sentuh minuman keras.