Beberapa hari lalu, penampilan terbaru Cik B yang berambut pendek menjadi bualan netizen sehinggakan ada yang menyamakan gaya rambut barunya itu mirip dengan remaja lelaki.
Difahamkan, rambut Cik B yang rosak telah menyebabkannya mengambil keputusan untuk memotong rambut dengan gaya tersebut.
Penampilan Cik B buat pak guardconfuse
Terbaru, tular satu video dikongsi ibu kepada Cik B, Dato Seri Vida memaparkan momen ketika anaknya yang ingin ke tandas di sebuah pusat membeli belah.
Menerusi video tersebut, dapat dilihat salah seorang pengawal kesemalatan yang bertugas menghampiri Cik B dan Vida dan memintanya untuk masuk ke tandas lelaki.
Difahamkan, pengawal keselamatan itu keliru dengan jantina Cik B yang berambut pendek serta berpakaian ala-ala lelaki.
Konpius dibuatnya
Menjengah di ruangan komen, rata-rata netizen terhibur melihat momen yang dikongsikan Dato’ Seri Vida itu serta ada yang menasihatkan agar Cik B kembali kepada fitrah dan berpakaian seperti wanita.
Kita yang tengok ni pun jadi keliru, ini kan pula pengawal kesalamatan tu. Harap rambut Cik B cepat panjang supaya tak adalah jadi lagi perkara macam ni. Ye tak?