Pasti ramai yang tahu mengenai krisis rumahtangga dihadapi pengacara dan pelawak, Shuk Sahar dan isterinya, Rossa Sera sehingga menjadi bualan warganet beberapa bulan yang lalu.
Menerusi video tersebut, dapat dilihat Nazeera disapa oleh seorang wanita yang menegur mengenai tali kasutnya yang terbuka.
Wanita itu kemudiannya dengan pantas memberikan kad nombor telefon kepada Shuk ketika Nazeera sedang tunduk untuk mengikat tali kasut.
Shuk yang terkejut dengan tindakan wanita itu kemudiannya membuang kad tersebut dan kembali berjalan bersama Nazeera.
Dia dah hafal nombor sebelum buang
Menjengah di ruangan komen, rata-rata netizen memerli tindakan Shuk yang memuat naik video seolah-olah berlaku setia dengan pasangannya namun berbeza dengan realiti sebenar.