Siapa sangka pasangan selebriti terkenal Indonesia, Lesti Kejora dan Rizky Billar sedang mengalami keretakan rumahtangga sehingga menyebabkan Lesti ditahan di hospital selama beberapa hari.
BACA : Pernah Viral Mas Kahwin RM300k, Penyanyi Dangdut Indonesia Lapor Polis Dakwa Dipukul Dan Dicekik Suami
Kini, penyanyi terkenal tersebut sudah dibenarkan pulang ke rumah selepas menerima rawatan di hospital selama empat hari. Suami Lesti, Rizky Billar didakwa memukul dan mencekik isterinya atas tuduhan curang.
Berpindah ke tempat lain
Memetik dari laporan Detik.Com, penyanyi terkenal Indonesia itu membuat keputusan untuk meninggalkan kediamannya disebabkan oleh trauma yang dialami. Menurut Ketua Perhubungan Awam Polda Metro Jaya Kombes Pol E Zulpan, lokasi Lesti Kejora kini dirahsiakan demi keselamatannya.
Lesti kini berada di tempat yang tidak perlu saya katakan tetapi dia berada di tempat selamat
Pihak polis juga sedang menyemak rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di rumah pasangan selebriti berikut dan kini sedang menyiasat tiga orang saksi terhadap insiden yang telah menimpa.
Kredit: Detik.Com
+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.