Apa sudah jadi, kenapa Iron Man unfollow semua kawan-kawan seperjuangan Avengers dekat Instagram?
Itulah persoalan yang timbul apabila pelakon hollywood Robert Downey Jr dilihat berhenti mengikuti akaun Instagram semua pelakon Marvel.
Robert yang kini memiliki lebih 50 juta pengikut kini hanya mengikuti 43 orang sahaja dan ia turut mengetepikan Chris Evans dan Tom Holland, anak angkat dia sendiri.
Mungkin Robert hanya ingin mengikuti kenalan rapat dan keluarga sahaja.