Oh! Artis

“Terbaik Ini Kita Mahu” – Video Leona Mandi Sungai Undang Perhatian Netizen

Published on

Anak kepada pelakon Azhar Sulaiman iaitu Kasih Iris Leona menjadi perhatian lagi gara-gara tular videonya sedang mandi sungai bersama rakan-rakan.

Apa yang menjadi bualan adalah apabila Leona dilihat hanya memakai bikini berwarna putih menampakkan susuk tubuhnya.

@mayacakehouse #intanserah #fy #artismalaysia #fyp #viral #tudung ♬ Hidup Sederhana (Basikal Tua) – Dato' Sudirman

Di ruangan komen video tular, orang ramai menasihati influencer ini untuk menjaga pemakaiannya walaupun berada di luar negara.

Sebagai anak pelakon terkenal, dia juga seharusnya menjaga nama baik keluarga, ujar netizen.

Terdahulu, nama Leona sering kali dikaitkan dengan imej berpakaian seksi. Bapanya difahamkan sudah berkali-kali menasihati anak itu supaya berubah tetapi nampaknya masih belum menemui jalan.

BACA: “Be Smart Leona” – Muat Naik Imej Seksi, Azhar Sulaiman Titip Nasihat Buat Leona

Apa-apa pun, semoga Leona lembut hati untuk terima teguran para peminat di media sosial ini kan?

Kredit: TikTok @mayacakehouse

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Exit mobile version