Oh! Artis

Tak Pernah Berenggang, Rita Rudaini Menangis Hantar Anak Masuk MRSM

Published on

Pelakon sensasi, Rita Rudaini tak dapat menahan air mata apabila buat pertama kalinya berpisah dengan anak. Difahamkan, anak sulungnya, Airit Rayyan Rizqin berusia 13 tahun menyambung persekolahan di sekolah berasrama penuh Maktab Rendah Sains Mara (MRSM).

BACA: “Bila Kena Dekat Keluarga Sendiri, Pandai Pulak Nak Buka Mulut Hingaq” – Rita Rudaini

Menerusi perkongsian video di Instagram, Rita dilihat menangis sambil memeluk erat anak dan meninggalkan kata-kata pesanan. Airit pula hanya mengangguk tanda faham.

Menangis peluk anak

Kata Rita, dalam kesedihan terpaksa berjauhan dia juga berasa gembira kerana anak yang hanya dibesarkan oleh seorang ibu tunggal melangkah satu tapak ke hadapan.

Mommy sedih sampai dada sakit dalam pada masa yang sama mommy gembira dengan anak yang hanya dibesarkan oleh ibu tunggal, melangkah setapak lagi ke hadapan

Dia berdoa agar anak lelaki sulungnya itu terus menjadi insan berjaya. Tahniah! Belajar rajin-rajin.

Kredit: Instagram Ritrud727

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

Exit mobile version