Jadi artis bukannya mudah! Jadi salah seorang dari keluarga artis pun bukannya mudah dan perkara ini dikatakan sendiri kakak kepada penyanyi yang semakin meningkat naik, Iman Troye.
Menerusi satu video di Tiktok, Ain Fatiha meluahkan rasa sedih apabila melihat adiknya itu teruk dikecam. Walaubagaimanapun, dia turut kagum dengan Iman kerana berjiwa besar dan kuat walau sebesar mana dugaan yang datang.
Bila kena kecam teruk dulu, you cakap no worries, adik okay.
Bukan tu jer, Ain juga mengatakan yang adiknya itu sentiasa murah rezeki kerana sentiasa mengutamakan keluarganya dalam apa jua urusan.
Kenapa rezeki you selalu murah sebab you letak family first.
Terdapat juga persoalan dari netizen yang menanyakan adakah seronok menjadi ahli keluarga seorang artis dan ini jawapannya.
Tak, tak best. Orang bebas bercakap tanpa tidur sebantal pun. 90% orang cakap dekat luar sana semua salah.
Betul juga kan? Mental memang kena kuat walau hanya salah seorang ahli keluarga artis. Siapa sanggup tengok orang lain menghina atau mengecam orang yang kita sayang kan?