Oh! Artis

‘Tak Bermaksud Pun..’ – Dikecam Gara-Gara Pertahan Neelofa, Mawar Rashid Beri Penjelasan

Published on

Pelakon, Mawar Rashid mengundang kecaman orang ramai selepas meninggalkan komen tidak bersetuju dengan gesaan orang ramai untuk memenjarakan selebriti popular, Neelofa, atas kesalahan melanggar prosedur operasi standard (SOP).

Menerusi ruangan komen tersebut, Mawar berharap isu ini dapat diselesaikan dengan cara baik memandangkan Neelofa banyak berjuang untuk Islam.

Walau bagaimanapun, Mawar Rashid menerusi hantaran terbaru di Instagram memohon maaf dan menjelaskan komen yang ditulisnya itu tidak ‘clear’ sehingga menimbulkan salah faham.

Ujar Mawar, dia menghormati keputusan mahkamah dalam kes yang sedang dibicarakan ini. Namun, apabila bercakap mengenai hukuman ‘penjara’, ia menimbulkan rasa takut dalam dirinya.

Mengenai berjuang untuk Palestin, Mawar berkata dia tidak bermaksud seseorang boleh melanggar SOP sesuka hati. Baginya, yang salah tetap salah.

Mengakui telah menimbulkan salah faham orang ramai, pelakon ini turut meminta maaf.

Kredit: Mawar Rashid

+ Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media

Comments

Exit mobile version