Penyanyi dangdut tempatan, Mas Idayu baru sahaja menamatkan 15 tahun hidup solonya dengan mendirikan rumah tangga bersama seorang penerbit eksekutif pada bulan September yang lalu.
BACA: Tercucuk Pin Tudung, Mas Idayu Siku Pembantu Artis Terima Kecaman Netizen
Telatah pasangan baru berkahwin ini telah membuatkan peminat berasa teruja dan ‘kesemutan’ apatah lagi ucapan sweet oleh Mas Idayu yang menyambut anniversary mereka yang ke dua bulan.
Masa berlalu dengan pantas
Mas Idayu atau lebih mesra dengan panggilan mummy telah memuat naik satu posting di Instagram memaklumkan bahawa suaminya telah membawanya bersiar-siar ke pantai Muar, Johor. Penyanyi itu juga tidak menyangka bahawa masa berlalu begitu pantas sejak hari bahagia mereka sah bergelar suami isteri.
Rata-rata komen daripada peminat mendoakan hubungan mereka berdua kekal bahagia hingga ke Jannah. Mummy jangan sweet sangat tau, bersemut semua peminat nanti.
Kredit: Instagram
+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.