Oh! Artis

Syafie Naswip Nafi Terlibat Kes Penyalahgunaan Dadah, Netizen Petik Pula Nama Niezam Zaidi

Published on

Semalam kita dilaporkan dengan penahanan seorang pelakon lelaki berusia 29 tahun bersama pengarah dan penolong pengarah kerana disyaki terbabit dengan penyalahgunaan dadah dalam satu serbuan. Kejadian ini berlaku di sebuah rumah di Kuala Kangsar, Perak.

Sejak itu beberapa nama artis lelaki terlah dipetik oleh netizen sehingga menimbulkan fitnah. Antara nama yang dipetik netizen adalah Syafie Naswip hanya kerana dia ada melakukan penggambaran di Perak.

Syafie bagaimanapun menafikan perkara berkenaan dan berharap agar dijauhkan dari fitnah seperti ini. Dia menjelaskan bukan mereka sahaja yang melakukan penggambaran di sana dan terdapat beberapa produksi drama lain turut berada di Perak.

Nama Niezam Zaidi turut dipetik netizen

Dalam pada itu, seorang lagi pelakon yang sering memegang watak pelakon aksi, Niezam Zaidi turut dipetik terlibat dalam kes ini.

Nama Niezam mula dipetik selepas tersebar gambar yang menunjukkan maklumat peribadi dirinya di WhatsApp.

Netizen mula cari kepastian di ruangan komen Instagram Niezam

Setakat ini pihak polis masih belum mendedahkan siapa 3 orang filem yang ditahan dan diharapkan orang ramai tidak membuat sebarang spekulasi.

Pihak polis mendapati suspek positif dadah jenis Tetra Hydrocannibol dan penolong pengarah didapati positif dadah jenis AMP dan methamphetamine.

Kredit: Astro Awani

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Exit mobile version