Baru-baru ini, pasangan ini sekali lagi menjadi ‘target’ netizen selepas Janna atau nama sebenarnya Nurul Jannah Muner berkongsi satu video mesra bersama kekasihnya.
Video tersebut memaparkan gabungan momen-momen mereka bersama pada tahun 2021 dan antaranya sewaktu mereka di London bagi menjalani penggambaran.
Biarpun ramai rakan selebriti meninggalkan komen-komen positif mengatakan mereka serasi bersama, ada segelintir netizen mempunyai pandangan berbeza dan rata-rata tidak gemar melihat aksi ‘berpelukan’ Janna serta Dini dalam video tersebut.
Rata-rata warganet memohon agar pasangan pelakon tersebut segera menghalalkan hubungan mereka jika ingin melakukan adegan-adegan seperti itu.