Pasangan pelakon Intan Ladyana dan Harris Alif yang baru menimang cahaya mata pada hujung Januari lalu dilihat meluangkan masa bersama bercuti di atas kapal persiaran.
Apa yang menarik perhatian peminat adalah Intan Ladyana dilihat cantik manis dengan imej bertudung.
Intan Ladyana dan keluarga bercuti
Meninjau ke ruangan komen perkongsian suaminya, Harris Aliff, para peminat dilihat teruja dengan perubahan itu dan memuji Intan yang kelihatan lebih muda serta berseri.
Mereka turut berdoa semoga pelakon yang popular dengan filem Adnan Sempit itu kekal istiqamah.
“Cantiknya bertudung” – peminat
Alhamdulilah memang cantik sangat Intan kan? Semoga keluarga ini terus bahagia selamanya.