Oh! Artis

Sophia Albarakbah Suka Lelaki Kelakar, Tak Penipu Dan Tak Curang

Published on

Pelakon jelita, Sophia Albarakbah menerusi sesi soal jawab dengan para pengikut di Instagram berkongsi ciri-ciri lelaki idamannya.

BACA: Sophia Albarakbah Dah Penat Dengan Kontroversi, Mahu Fokus Berlakon

Selain berpewatakan kelakar, Sophia juga tertarik kepada lelaki yang penyayang, bijak, jujur dan matang. Paling penting lelaki itu bukan seorang yang penipu atau kaki curang.

Bukan itu je, Sophia mahukan lelaki yang ikhlas menyayanginya sepenuh hati, tak panas baran, romantik dan supportive!

Nak tahu lagi? Korang bacalah sendiri ciri-ciri yang dah disenaraikan Sophia tu tau. Jelas aktres ini, dia sebenarnya sudah trauma untuk memulakan perhubungan baru dan buat masa ini enggan didekati sesiapa.

September tahun lalu, Sophia mengesahkan hubungan cintanya dengan lelaki dikenali Mr Doktor sudah berakhir. 

Sophia mengakui perpisahan menyebabkan dia berasa serik untuk bercinta lagi dan hanya mahu fokus kepada kerjaya.

Kredit: Instagram Sophia Albarakbah

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Exit mobile version