Macam-macam ragam rakyat Malaysia keluar mengundi hari ni. Artis Malaysia juga tak ketinggalan kongsi semangat keluar mengundi dan antara ramai-ramai, Ohmedia tertarik dengan situasi yang dialami selebriti dan juga penyampai radio wanita, Siti Elizad.
Berkongsi pengalaman keluar mengundi di Instagram, Elizad memaklumkan dia begitu teruja untuk keluar mengundi selepas subuh dan beratur panjang menanti giliran.
Bagaimanapun, sebaik sahaja tiba di bilik mengundi, petugas SPR memaklumkan namanya tiada dalam senarai dan bila disemak, rupa-rupanya dia sudah tersalah sekolah.
Sepatutnya mengundi dekat sekolah menengah tapi pergi sekolah rendah