Harga yang mencecah sehingga RM179 sekotak dikatakan melebihi kemampuan para pengikutnya, malah ada yang membandingkan biskut ini dengan jenama popular yang lain.
Selepas lebih sebulan beroperasi, Shuhada menerusi satu hantaran di Instagram memaklumkan telah menutup pesanan untuk biskut itu bermula semalam.
Kini, dia sedang membuat R&D untuk mengeluarkan produk yang lain pula. Di kesempatan itu, dia berterima kasih di atas sokongan yang telah diberikan orang ramai kepadanya.
Shuhada mengaku berhadapan dengan pelbagai dugaan sejak ianya dilancarkan dan itu adalah normal dalam dunia bisnes. Dia mahu bergerak lebih jauh dengan produk baru akan datang.
Di ruangan komen, netizen berkata, harga yang terlalu tinggi dikatakan menjadi punca perniagaan itu tak berjaya. Mereka menasihati Shuhada supaya mengeluarkan produk mesra poket di mana semua pengikut dapat menyokongnya.