Instafamous yang dikenali ramai, Marshaira Ismail atau lebih dikenali sebagai King Coco telah umumkan bahawa dirinya tidak akan bertanding dalam pilihan raya yang akan datang.
BACA: “Tak Handsome Takpe Janji Shedapp” – Buat Trend Video Lagu Swipe, King Coco Dedah 4 Ciri Lelaki Idaman
Pengalaman Coco pernah dicalonkan sebagai Ketua Srikandi Parti Pribumi Bersatu Malaysia di Bagan Serai telah mengajarnya mengenai realiti sebenar dunia politik.
Pentingkan diri
Satu posting telah dikongsikan di akaun Instagram miliknya menyifatkan sikap sesetengah ahli politik itu sebagai ‘syaitan’ bertopengkan manusia kerana pentingkan diri dan tidak menjaga kebajikan rakyat.
Pilih ‘kroni’
Tambahan, Coco juga menyelar tindakan segelintir pihak yang hanya memilih ‘kroni’ masing-masing walaupun masih ada lagi calon yang berkerja keras namun tidak dipertandingkan.
Kredit: Instagram
+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media