Konflik rumahtangga pelawak, Shuk Sahar bukanlah satu rahsia lagi. Kisah kecurangan pelawak ini didedahkan sendiri oleh isterinya Rossa Sera dan sehingga kini masih belum selesai.
BACA: Shuk Menghilang Lagi? Netizen Sedih Lihat Anak Kecil Menangis Rindukan Bapanya
Malah, netizen turut mengkritik tindakan Rossa Sera yang sebelum ini memaafkan suami meskipun berkali-kali ditipu.
Wanita kelahiran Sabah ini juga dikatakan meroyan, tak ‘move on’ dan tidak menerima takdir mengenai rumahtangganya.
Menerusi perkongsian terbaru di media sosial, wanita ini berkata apa yang dilakukan hanyalah untuk kepentingan anak-anak. Dia sebagai ibu hanya mahu anak-anak mendapat hak dan kasih sayang yang sepatutnya daripada bapa mereka.
Pengorbanan aku selama ini hanya seorang diri. Akulah ibu dan akulah bapa. Aku cuma harapkan kesedaran itu wujud buat dia.
Kata Sera lagi, selama ini dia hanya berkorban seorang diri, dialah ibu dan dialah bapa buat anak-anaknya. Malah, Sera sebelum ini pernah mendedahkan anak menangis kerana terlalu rindukan ‘ayah’ mereka.
Kesiannya anak-anak. Harap Sera sentiasa tabah dan kuat mengharungi dugaan ini. Percayalah Sera mampu menjadi ibu dan bapa yang terbaik buat anak-anak.
Kredit: TikTok Rossa Sera
+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.