Terbaru, bekas ahli kumpulan Balas itu tampil memuatnaik satu hantaran di Instagram memaklumkan bahawa ramai yang bertanya kepadanya adakah dia merindui untuk berada dalam industri seni?
Menerusi hantaran tersebut, Shuk mengakui bahawa dirinya rindu akan kehidupan sebagai salah seorang selebriti dalam industri seni.
Ada orang tanya Shuk tak rindu ke nak melawak lagi? Shuk tak rindu ke nak hosting lagi? Shuk tak rindu ke nak buat comeback?
Sumpah aku rindu, rindu nak melawak rindu nak hosting rindu nak bercakap ngn kengkawan dalam radio.
Berubah dan bangkitlah
Menjengah di ruangan komen, rata-rata netizen memberikan semangat kepada Shuk untuk bangkit semula dalam dunia hiburan serta ada yang menasihatkan agar dirinya tidak mengulangi kesilapan yang lalu.