Oh! Artis

Sebulan Menghilang Lepas Tampar Orang, Will Smith Dikatakan Berada Di India

Published on

Apa Will Smith buat dekat India? Itulah persoalan peminatnya selepas melihat gambar tersebar menunjukkan pelakon Hollywood itu di India selepas sebulan menghilang.

BACA: Penonton Tergamam, Ini Sebab Will Smith Lempang Chris Rock Ketika Siaran Langsung Oscars

Dalam satu laporan, Will dilihat berada di kawasan khalayak ramai pada 23 April lalu dengan pakaian putih dan dikatakan baru sahaja selesai melakukan pertapaan.

Semua sangkaan ini tidak dapat disahkan tetapi melihat kepada orang yang berada bersamanya seperti sami yang sentiasa berada disisinya memungkinkan Will sedang menjalani rawatan kerohanian bersama Isha Foundation’s Sadhguru.

Kemungkinan ini dikuatkan lagi bila Will sebelum ini pernah menyatakan dirinya salah seorang pengikut Sadhguru.

Kredit: Berita Harian

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Exit mobile version