Penyanyi yang popular dengan lagu Langit Ketujuh iaitu Sharifah Zarina mengundang pelbagai reaksi selepas tampil memberi respon berkenaan kecaman netizen terhadap anaknya, Athalia Deena Baswani.
Athalia yang merupakan influencer dikecam gara-gara membuat content berpelukan dengan lelaki bukan mahram di aplikasi TikTok.
Netizen yang kurang senang melihat pergaulan bebas itu menegur Athalia dan mention ibunya dengan harapan influencer muda ini dinasihati.
Sebagai influencer netizen berpendapat dia seharusnya menunjukkan contoh yang baik.
Namun lain pula yang jadi apabila Sharifah Zarina berkata dia tidak kisah jika netizen mahu mengecam atau mengutuk anaknya. Tetapi sekurang-kurangnya netizen tag namanya dengan betul bukannya individu lain.
Difahamkan individu yang menegur tag nama Sharifah Sakinah bukannya Sharifah Zarina.
Kredit: TikTok @officialathalia | @realsharifahzarina
+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.