Pelakon Julia Farhana baru-baru ini mengaku ada membela seekor anjing yang diberi nama Julio. Jelas pelakon ini, anjing itu walau bagaimanapun sudah dilatih supaya tidak menjilat atau menyentuh orang di dalam rumah.
Penjelasan yang dibuat bagaimanapun tidak mendapat respon baik daripada netizen. Ada yang mengecamnya kerana seorang Muslim memang tidak dibenarkan membela anjing tanpa alasan yang kukuh.
Julia Farhana terima teguran semua
Terbaru, Julia Farhana menerusi Instagram berkata dia secara terbuka menerima segala teguran yang diberikan. Dia cuba renung kembali situasi dan cuba sebaik mungkin untuk menjaga hati semua pihak.
Saya tak cuba untuk ‘membenarkan’ tindakan saya. Saya tak kata apa yang saya buat ni betul. Jauh sekali.
Jelasnya, pada waktu itu dia hanya fikir nak bantu anjing terbiar itu daripada terus dipukul di jalanan dan diabaikan.
For public figures to keluarkan statement, ulasan tanpa menghubungi saya, tanpa memahami situasi sebenar dan terus menghukum and judge saya dan keluarga saya really breaks my heart. Tapi saya terima because the way the situation was portrayed is very misleading.
Pelakon ini tidak menafikan pengetahuan agamanya jauh daripada sempurna. Dia sedang berusaha untuk belajar mendalam lagi mengenai agama.