Oh! Artis

“Saya Lihat Sendiri Surat Ibu Bawa Pulang” – Syada Amzah Nafi Ibu Failkan Cerai

Published on

Sebelum ini tular mengenai kontroversi melanda rumah tangga ayah kepada penyanyi Shila dan Syada Amzah iaitu Dato’ ND Lala dikatakan telah berkahwin seorang lagi isteri secara rahsia.

BACA : “Salah Faham Ni..” – Syada Amzah Tulis Surat Terbuka Untuk ND Lala Disalah Tafsir Netizen

Sebelum ini ada dakwaan dari Harian Metro yang mengatakan isteri kepada ND Lala, Fauziah Sarman hadir di Mahkamah Rendah Syariah Hulu Langat, Seksyen 9 pada 3 April lepas kerana mahu memfailkan perceraian.

Menurut laporan Harian Metro, anak mereka, Syada Amzah menafikan perkara itu dan meminta orang ramai tidak buat sebarang spekulasi. Pulak dah!

Lihat sendiri surat mahkamah

Tidak semestinya apa yang orang sangkakan itu benar. Kehadiran ibu saya ketika itu bukan bertujuan untuk menfailkan penceraian. Malah, saya sendiri sudah melihat surat yang dibawa pulang oleh ibu.

Kes ini masih belum selesai, seperti saya katakan beri ruang kepada kami untuk mencari solusi bagi kemelut ini. Malah, kami sendiri belum mengetahui apa yang bakal berlaku pada masa akan datang.

Setahu sejak dari tarikh 3 April lalu sehingga ke hari ini, ibu tidak menfailkan perceraian.

Walau bagaimanapun, tujuan ibunya ke mahkamah tidak didedahkan Syada. Apapun, semoga dipermudahkanlah segala urusan mereka.

Kredit: Harian Metro

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Exit mobile version