Pasangan selebriti popular iaitu Shuib Sepahtu dan juga isterinya Siti Sarah bersama tiga cahaya matanya disahkan positif semalam.
Menerusi instagram, Siti Sarah memaklumkan perkara ini selepas mendapat keputusan ujian saringan yang dibuat baru-baru ini oleh kerana pembantu rumahnya disahkan positif.
Dukacita dimaklumkan, kami sekeluarga positif. Ini semua ketentuan Allah. Kami menerima dengan hati yang terbuka dan lapang dada.
Saya mohon semua mendoakan kami sekeluarga mengharungi kuarantin kendiri di rumah selama 14 hari ini. Kami serahkan semuanya kepada Allah.
Siti Sarah yang sedang mengandung 7 bulan juga risau terhadap bayi didalam kandungannya itu.
Saya dan keluarga nak kekal positif dan melihat apa terjadi sebagai satu hikmah. Doakan kami segera sembuh.
Diharapkan agar Shuib sekeluarga cepat sembuh. Tiada siapa yang tidak berisiko untuk dijangkiti, jadi korang jangan lupa untuk ikut SOP yang telah ditetapkan kerajaan ya.