Pelawak dan penyampai radio, Achey baru-baru ini telah membuat satu posting memaklumkan bahawa keputusan ujian IVF dijalani oleh isterinya menemui kegagalan.
BACA: Netizen Ingatkan Achey Bocey Jangan Join Politik Kalau Tak Mahu Ramai Musuh
Posting yang dimuat naik itu menyatakan bahawa Achey atau nama sebenar Mohd Nasir Hamzah, 36 berasa redha dengan keputusan itu.
Redha dengan ketentuan
Menerusi video tersebut, Achey kelihatan sedang menenangkan isterinya yang sedang duduk di atas kerusi roda. Rata-rata netizen dan rakan selebriti memenuhi ruang komen dengan kata-kata semangat kepada pasangan itu untuk tidak berputus asa.
Sebagai info, Achey dan isterinya telah mendirikan rumah tangga pada 2011 dan telah mengambil anak angkat, Tiara Zinnirah berusia empat tahun.
Kredit: Instagram
+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media