Sehubungan dengan berita itu, Mimi Lana telah mendedahkan ada sebab dirinya bersetuju dengan perkahwinan tersebut, eh apa pula itu?
Personaliti Syafiq Kyle
Menerusi satu video yang tular di TikTok, Mimi memberitahu bahawa dirinya telah jatuh cinta dengan Syafiq Kyle disebabkan oleh personaliti Syafiq yang sangat baik.
Sebab dia baik, yang baik itulah yang saya suka. Sebab kalau kita nak cari yang handsome handsome, ramai je yang handsome dekat luar tu. Untuk kita cari yang baik tu, susah sebenarnya.
Menjengah ke ruang komen, rata-rata netizen bersetuju dengan kenyataan Mimi dan ada juga yang menyatakan bahawa Syafiq Kyle sudah kacak dan sesuai dipadankan dengan pelakon itu.
Untung betul Mimi, dapat pakej bakal suami yang lengkap.